suria

Mayat Bayi Lelaki Ditemui Tersangkut Pada Pukat

KUANTAN: Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui tersangkut pada pukat di Sungai Pasir dekat Kampung Panching dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, mayat bayi tersebut ditemui orang awam ketika berada di sungai itu pada 7.45 pagi tadi.

Beliau berkata, mayat bayi malang itu kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk dibedah siasat. Katanya, bedah siasat mendapati bayi tersebut meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.

"Kita percaya mayat bayi lelaki ini berketurunan Melayu berdasarkan warna kulitnya dan dipercayai baru dilahirkan kerana masih bertali pusat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian berkenaan agar tampil membantu siasatan polis. - BERNAMA

Artikel Lain