suria

Kerajaan Akan Teliti Penjelasan Anwar Mengenai APCO: Nazri

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti penjelasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai APCO Worldwide sebelum membuat keputusan sama ada akan merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Kerajaan akan teliti penjelasan Anwar dan akan beri jawapan paling awal minggu depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar memberikan penjelasan mengenai desakan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) bagi merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendakwa gagasan 1Malaysia ditiru daripada slogan "One Israel" yang dikaitkan dengan APCO di Dewan Rakyat di sini.

Anwar turut menggesa kerajaan membatalkan kontrak APCO dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pelantikan firma komunikasi antarabangsa itu yang didakwa menjejaskan keselamatan negara. - BERNAMA

Artikel Lain