suria

Dua Rakan Terselamat - Bersyukur Ikut Gerak Hati

Hoong Hua Sheng
 Hoong Hua Sheng
Hoong Hua Sheng

MOSCOW: Gerak hati telah menyelamatkan dua pelajar perubatan tahun akhir, Hoong Hua Sheng dan Sim Eih Xing daripada menemui ajal dalam letupan kedua yang menggegarkan bandar raya ini stesen Metro Park Kultury.

Hua Sheng yang menggunakan perkhidmatan kereta api itu secara tiba-tiba membuat keputusan untuk turun di stesen iaitu tujuh stesen sebelum hentian sebenar mereka di Akademi Perubatan Moscow (MMA).

Sebaik sahaja kedua-duanya melangkah keluar, koc tersebut meletup. Pengebom berani mati itu telah berada di antara penumpang-penumpang di dalam komuter terbabit.

Penuntut MMA itu berkata, dia berasa tidak sedap hati selepas mendengar letupan pertama yang berlaku 45 minit terdahulu di stesen Lubyanka.

Apabila kereta api tersebut berhenti di stesen metro Park Kultury pada kira-kira 8.30 pagi, Hua Sheng telah menarik Eih Xing keluar dari komuter yang sesak dengan penumpang itu. "Saya sedang membaca buku tetapi gerak hati saya merasakan perasaan yang kurang senang... iaitu satu letupan kedua boleh berlaku.

“Saya terus memanggil Sim (Eih Xing) untuk keluar daripada kereta api. Bila pintu kereta api itu terbuka, kami dengan cepat turun dari situ.

"Memang benar, sebaik sahaja kami berjalan kereta api tersebut meletup. Ramai orang yang berada di situ menjerit. Kami betul-betul sungguh bernasib,” katanya ketika dihubungi The Star.

Hua Sheng memberitahu, mereka cuba untuk terus bertenang dan mencari jalan keluar daripada stesen kereta api bawah tanah itu.

"Keadaan sungguh kelam-kabut ketika serangan itu berlaku,” katanya yang dalam perjalanannya ke kuliah pembedahan.

Dia menggigil apabila memikirkan mungkin pengebom itu berada hampir dengannya semasa dalam koc.

"Saya tak ingat ada terlihat sesiap yang mencurigakan," katanya yang berusia 24 tahun dari Banting.

Dia hanya mengalami sedikit terbakar di rambutnya dalam letupan tersebut manakala Sim pula mengalami kecederaan di kaki kirinya.

“Sim (Eih Xing) selamat. Saya telah membawanya ke ambulans selepas kami keluar dari stesen tersebut tetapi kakitangan perubatan di situ terlalu sibuk dengan kerja menyelamat dan kami disuruh untuk pergi ke hospital berdekatan,” katanya.

Hua Sheng memberitahu terdapat pelajar Malaysia lain dalam kereta api yang sama tetapi mereka juga sempat menyelamatkan diri.

Artikel Lain