Polis Tahan Kumpulan Botak Perdana Menyamar Polis Untuk Menyamun - Semasa | mStar

Polis Tahan Kumpulan Botak Perdana Menyamar Polis Untuk Menyamun

JOHOR BAHRU: Polis berjaya menahan sekumpulan tiga lelaki Khamis lepas dipercayai menyamar sebagai anggota polis dan melakukan aktiviti menyamun di sekitar bandaraya ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kumpulan bergelar Botak Perdana itu dianggotai lelaki berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun dan salah seorang daripadanya merupakan bekas polis bantuan di sebuah jabatan kerajaan di sini.

Dua lagi suspek merupakan adik-beradik yang bekerja sendiri.

"Kumpulan ini menahan mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai polis, memasukkan mangsa ke dalam kereta sebelum menyamun mangsa dan kemudiannya meninggalkan mangsa di tempat tertentu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mokhtar mereka ditangkap 11.30 pagi, dalam satu serang hendap di kawasan Tampoi di mana polis berjaya merampas satu pas polis bantuan, dua tali pinggang hitam berlogo polis, gari, buku nota polis, sehelai vest berlogo polis, sepasang baju seragam polis berpangkat Konstabel, dua helai jaket hitam berlogo polis serta topi bertulis 'CID' dan polis serta dua keping kad keahlian Pekida.

Pihaknya percaya dengan tertangkapnya kumpulan itu polis berjaya menyelesaikan 15 kes samun dan menyamar polis di sekitar bandaraya ini.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan (Samun Berkumpulan dan Menyamar) dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan.

Mokhtar turut mengingatkan orang awam agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Orang awam berhak untuk meminta kad kuasa dari mana-mana pihak yang mengaku polis yang menahan mereka sebagai bukti pihak itu adalah polis yang sebenar.

Beliau berkata kad kuasa anggota Konstable sehingga ke Sub Inspektor berwarna kuning manakala pegawai berpangkat Inspektor ke atas berwarna biru. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain