suria

Lelaki OKU Hilang Di Laut Dikhuatiri Lemas

TAWAU: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya dikhuatiri lemas selepas terjaduh dan hilang di laut di Tanjung Batu Laut, di sini semalam.

Sardi Sultan, 25, yang bisu itu dilapor hilang ketika sedang mandi di tepi laut itu bersama bebeberapa remaja lain pada pukul 5 petang.Sardi merupakan buruh di Konsotium Feri Penumpang di Barter Trade Tawau di sini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Tawau Albet Jiran Tanjung berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan Unit Udara Polis dan empat penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan bantuan orang ramai dilancar sebaik menerima laporan kejadian itu.

Sementara itu, Mohd Syahril Mohd Emman, 13, yang mandi bersama Sardi, berkata selepas mandi, mereka memanjat sebuah bot yang berlabuh di situ sebelum menaiki sebuah tongkang yang turut berlabuh di tempat berkenaan untuk ke darat.

Mohd Syahril berkata Sardi yang memijak tayar yang digantung di tepi bot, tergelincir dan terjatuh ke dalam laut ketika cuba menaiki tongkang berkenaan.

Selepas terjatuh, Sardi sempat memberi isyarat meminta tolong, katanya. -BERNAMA

Artikel Lain