suria

NGO Yakin MEB Akan Bantu Melonjakkan Negara

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menaruh harapan dan keyakinan bahawa Model Ekonomi Baru (MEB) akan membantu menyediakan kerangka kerja yang dapat dilaksanakan untuk menggerakan negara ke hadapan dan sejajar dengan "ekonomi baharu" yang sangat diperlukan.

Menurut Penolong Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, Stephen Wong, MEB perlu menangani isu-isu penting seperti pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan tempatan dan asing.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata MEB bermatlamat merangsang ekonomi domestik dan pelaburan langsung asing dalam sektor yang boleh memacu pertumbuhan pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih tinggi pada masa depan.

Perdana Menteri berkata pembaharuan pentadbiran sewajarnya menjadikan Malaysia lebih responsif terhadap keperluan pelabur asing.

"Saya yakin komuniti perniagaan berminat untuk menjalin usaha sama dengan kerajaan berdasarkan MEB sepanjang tempoh perundingan.

"Mereka mungkin mempunyai pelbagai isu penting yang mahu dikongsi, seperti pelaburan swasta dan sumber pertumbuhan MEB yang diperlukan," katanya.

Beliau berharap MEB akan menyediakan kerangka kerja bagi membantu negara melangkah ke ekonomi baharu yang akan disokong oleh perubahan dasar dan lebih banyak pelaburan dalam sumber awam.

Yang lebih penting, Wong berkata MEB akan membantu rakyat Malaysia mengubah minda masing-masing dan memiliki minda baharu yang diperlukan untuk ekonomi inovatif dan berniai tinggi selain merangsang lebih banyak firma untuk berkembang ke luar negara bagi mengaut keuntungan.

Wong berharap MEB akan berupaya menangani isu-isu modal insan dan hak harta intelektual - kedua-duanya penting untuk ekonomi baharu.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Syed Shahir Syed Mohamud Shahir, berharap NEM, menerusi rancangannya untuk meningkatkan jumlah pendapatan negara, juga dapat menjaga kebajikan pekerja.

"Ia penting memandangkan 12 juta pekerja merupakan kira-kira 40 peratus daripada jumlah penduduk negara.

"Saya berharap kerajaan serius dalam meningkatkan kebajikan pekerja. Jika gaji naik, ekonomi juga akan meningkat," katanya.

Presiden Persatuan Persekutuan Pengguna-pengguna Malaysia, Datuk N. Marimuthu, berkata jika MEB dapat memberi manfaat kepada rakyat dan mengembirakan mereka, ia memang "baik". - BERNAMA

Artikel Lain