Gadis Antara 50 Penagih Ditahan Di Kuala Kedah - Semasa | mStar

Gadis Antara 50 Penagih Ditahan Di Kuala Kedah

ALOR SETAR: Seorang gadis berusia 22 tahun adalah antara 50 orang ditahan dalam Operasi Tapis Bersepadu di sekitar Pelantar Siput, Kuala Kedah, dekat sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supt Baharom Othman, berkata kesemua penagih berada dalam keadaan khayal ketika ditahan dalam operasi selama dua jam bermula 9.30 pagi tadi.

"Hampir 90 peratus daripada mereka yang ditahan adalah penagih tegar yang bekerja sebagai nelayan dan ada antara mereka pernah ditahan melebihi dua kali sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Kuala Kedah, dekat sini.

Katanya lima daripada penagih itu memiliki dadah jenis heroin.

Baharom berkata kesemua penagih yang ditahan itu berumur antara 22 sehingga 67 tahun dan mereka dipercayai memperoleh bekalan dadah dari Bukit Selambau, Sungai Petani.

"Kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk siasatan lanjut," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain