suria

Lagi Laporan Polis Mengenai Pendedahan Zahrain

KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Wira Malaysia Perkasa (WMP), hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Parlimen baru-baru ini mengenai rancangan '16 September'.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketuanya Arman Azha Abu Anifah yang diiringi oleh kira-kira 100 anggota WMP di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini.

Beliau membuat laporan itu bagi meminta pihak polis menyiasat kesahihan kenyataan yang mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjaja nama yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam rancangan '16 September' itu.

Selepas membuat laporan itu, Arman Azha, memberitahu pemberita bahawa laporan polis turut dibuat oleh WMR di 13 negeri serentak hari ini sebagai membantah tindakan Anwar menghina institusi raja dengan menjaja nama Yang di-Pertuan Agong.

Dalam rancangan '16 September' pada 2008, Anwar mendakwa Yang di-Pertuan Agong berkenan melantiknya sebagai perdana menteri keenam jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan, ATM turut menyokong pembentukan kerajaan baru itu. - BERNAMA

Artikel Lain