suria

Sudin Ajaib: JHEAIK Ambil Kenyataan Menantu

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) telah menemui menantu kepada Shamsuddin Che Deraman atau lebih dikenali sebagai Sudin Ajaib untuk turut disiasat berhubung kes perkahwinan kanak-kanak peremuan bawah umur.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JHEAIK, Mohd Abdul Aziz Mohd Noor berkata, pegawainya telah menemui "Ustaz Azhar" di Balai Polis Kota Bharu, selepas dia dilaporkan ditahan oleh polis kelmarin.

"Penyiasatan dan penahanan lelaki ini perlu bagi menyelesaikan segera kes di Mahkamah Syariah," katanya kepada Bernama.

Suspek yang berumur 33 tahun ditahan di Stesen Keretapi Pasir Mas.

Lelaki terbabit dipercayai dinikahkan oleh Sudin Ajaib dengan anak perempuannya yang berumur 11 tahun, sementara dia sendiri turut menikahi seorang kanak-kanak berumur 11 tahun.

Sudin Ajaib kini sedang diburu polis setelah menghilangkan diri.

Mohd Abdul Aziz berkata, Azhar akan dirujuk kepada Mahkamah Syariah unuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain