suria

Mayat seorang Lelaki Ditemui Di Tebing Longkang

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki yang dipercayai sudah dibunuh tiga hari lalu ditemui dalam keadaan berbungkus dengan sembilan lapisan plastik pembalut di tebing longkang berhampiran tokong Taman Bersatu, Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Rahim Abdullah berkata mangsa yang identitinya masih belum dikenal pasti itu berlumuran darah akibat kesan tikaman di belakang kepala dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam.

Katanya pihak polis tiba di tempat kejadian kira-kira jam 5.50 petang tadi dan mangsa dipercayai mati akibat dibunuh.

Beliau berkata polis terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak bomba untuk mengangkat mayat dari tebing longkang berkenaan.

"Siasatan dilakukan pasukan forensik mendapati terdapat terdapat kesan tetakan di bahagian belakang kepala mangsa sepanjang 1 inci setengah," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak atau balai polis berhampiran. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain