suria

Main Acilut (Sembunyi-Sembunyi) Akhirnya Bawa Maut...

KOTA KINABALU: Ia bermula dengan main sorok-sorok atau sembunyi-sembunyi oleh sekumpulan kanak-kanak di Penampang dekat sini tetapi malangnya berakhir dengan kematian.

Murshid Benhar,7, telah ditemui mati di belakang but sebuah kereta yang sedang dibaiki di sebuah bengkel 36 jam kemudian.

Seorang pekerja yang tinggal berdekatan dengan bengkel berkenaan terbau sesuatu yang pengit petang semalam (Rabu) dan setelah mencari punca bau itu telah menemui mayat kanak-kanak malang berkenaan di belakang but sebuah kereta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Supt Wan Badrul Hisham Wan Osman berkata, hasil siasatan mendapati, kanak-kanak tersebut bermain dengan sekumpulan kanak-kanak yang lain dan bersembunyi di belakang but kereta berkenaan yang telahpun tersadai di bengkel itu sejak tiga bulan lalu.

Polis percaya, kanak-kanak itu terperangkap selepas dia terkunci dari dalam dan gagal melepaskan diri.

Kata Supt Wan Badrul, apabila keluarga Murshid gagal mencarinya, mereka telah membuat laporan polis Selasa lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain