suria

Pesawat Pilatus TUDM Terhempas, Juruterbang Maut

PETALING JAYA: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh selepas pesawat latihan jenis Pilatus PC-7 yang dipandunya terhempas di kawasan dusun dekat kampus Universiti Utara Malaysia di Sintok awal pagi ini.

Menurut jurucakap TUDM, mayat juruterbang itu telah ditemui dan dikeluarkan dari lokasi kejadian menggunakan helikopter TUDM.

Beliau mengesahkan bahawa ketika kejadian, hanya seorang juruterbang berada dalam pesawat itu yang berpangkalan di Kepala Batas, Alor Setar.

Sebelum itu, Timbalan Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mustafa Ishak mengesahkan kejadian tersebut kepada mStar Online.

Beliau berkata, pesawat itu terlibat dengan pertunjukan sempena pesta konvokesyen universiti berkenaan.

Artikel Lain