suria

Pesawat MAS Lakukan Pendaratan Cemas Akibat Kebakaran Enjin

PULAU PINANG: Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 83 penumpang dan tujuh anak kapal melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTABL) di Bayan Lepas apabila bahagian enjin pesawat itu didapati terbakar di udara.

Pengurus Kanan Malaysia Airport Berhad (MAB) di sini, Abdul Wahab Mohd Yusoff berkata penerbangan MH674 dari Singapura ke Langkawi itu membuat pendaratan cemas pada 12.30 tengah hari.

Katanya kesemua penumpang serta anak kapal dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau memberitahu pemberita di sini, kejadian itu menyebabkan landasan LTABL ditutup selama 20 minit dan dibuka semula pada pukul 12.50 tengah hari.

"Pesawat itu berlepas dari Singapura pada pukul 11.15 pagi menuju ke Langkawi dan sememangnya dijadualkan transit di Pulau Pinang sebelum meneruskan penerbangan pada pukul 6 petang ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain