Menantu Sudin Ajaib Ditahan Polis - Semasa | mStar

Menantu Sudin Ajaib Ditahan Polis

KOTA BHARU: Setelah hampir sebulan diburu,lelaki yang dilaporkan dinikahkan dengan anak perempuan Shamsuddin Che Deraman atau dikenali sebagai "Sudin Ajaib", yang berumur 11 tahun, akhirnya ditahan polis semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, suspek berumur 33 tahun itu ditahan kira-kira 6.30 petang semalam di Stesen Keretapi Pasir Mas bagi membantu siasatan kesnya berkahwin dengan kanak-kanak bawah umur.

Suspek ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini untuk membantu siasatan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1), Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Baru-baru ini, Shamsuddin, 41, dipercayai menikahkan anak perempuannya yang berumur 11 tahun dengan sahabatnya yang dikenali sebagai "Azhar" di dalam sebuah kereta dan dia telah diminta menyerah diri kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk siasatan.

Shamsuddin yang juga telah menikahi seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun, Siti Nur Zubaidah Hussin, telah menghilangkan diri dan sedang diburu pihak berkuasa.

Pada 13 Mac lalu, Siti Nur Zubaidah ditemui pada pukul 6.30 petang di Madrasah Al-Ikhwan, Taman Samudera Jaya, Batu Caves, Selangor selepas 23 hari berkahwin.

"Pihak polis telah melancarkan gerakan memburu kedua-dua suspek itu dan Azhar berjaya ditahan semalam manakala Sudin Ajaib masih belum dapat dijejaki," kata Mazlan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mohd Saiful Disoal Balas Pada 10 Mei

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain