suria

Parlimen Ucap Takziah Kepada Keluarga Tan Sri Dr Sulaiman Daud

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini bertafakur seketika dan mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga bekas Menteri Pertanian Tan Sri Dr Sulaiman Daud yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 8.10 pagi ini kerana kanser hati.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata anggota Dewan dan pihak Parlimen seluruhnya merakamkan takziah dan mendoakan semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan di antara roh-roh yang soleh.

"Saya meminta anggota Parlimen beragama Islam menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham dan kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur selama 10 minit," katanya setelah selesai sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini.

Sulaiman yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lepas, meninggalkan empat anak, iaitu Dr Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman.

Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain