suria

Tiong Lai Tanding Timbalan Presiden MCA

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden MCA pada pemilihan parti 28 Mac ini.

Beliau merupakan calon kedua menawarkan diri merebut jawatan berkenaan selepas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha membuat keputusan sama semalam.

Beliau mengumumkan hasratnya itu pada sdiang akhbar di Wisma MCA di sini pagi ini.

Tiong Lai merupakan Naib Presiden parti selepas memenangi jawatan itu pada pemilihan lalu, bagaimanapun melepaskannya bulan lalu bagi memberi laluan kepada pemilihan baru parti.

Artikel Lain