suria

Soi Lek Cabar Tee Keat Jawatan Presiden

KUALA LUMPUR: Pengerusi MCA Johor, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan akan mencabar Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat pada pemilihan parti pada 28 Mac ini

Tee Keat dan mantan Presiden, Tan Sri Ong Ka Ting masing-masing akan mempertahankan jawatan dan bertanding merebut jawatan nombor satu parti itu.

Sekurang-kurangnya pemimpin dari 40 bahagian parti dari sembilan negeri beserta 500 penyokong hadir di majlis tersebut.

Turut hadir ialah calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Kong Cho Ha dan calon Naib Presiden, Datuk Donald Lim.

Soi Lek memberitahu para penyokongnya bahawa beliau mempunyai strategi tersendiri untuk menyatukan, menstabilkan dan menggerakkan semula parti dari keadaan sekarang.

"Setelah bermula sebagai pengerusi cawangan, saya memahami dengan jelas keadaan di peringkat bawah dan hasrat akar umbi," katanya.

Beliau berkata MCA memerlukan seorang pemimpin yang kuat yang mempunyai wawasan yang jelas untuk membentuk hala tuju parti, menyatupadukan semua pihak dan menggerak parti ke hadapan terutama menjelang pilihan raya umum akan datang. Seekor semut kekuatannya adalah terhad, tetapi kalau satu juta ahli MCA dapat bersatu dan bekerja dengan penuh dedikasi dan bekerja sebagai satu pasukan, maka kita masih ada harapan bahawa transformasi parti masih boleh dilakukan," katanya.

Ditanya oleh para wartawan kemudianya, beliau berkata beliau berasa optimis dan menyifatkan peluangnya untuk menang adalah "sebaik calon lain".

Artikel Lain