suria

Golongan Muda Kembali Sokong BN - Musliati

TAWAU: Generasi muda kini sudah mula beralih minat untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas yakin dengan dasar dan pelbagai program kemasyarakatan selepas pilihan raya umum 2008 lalu.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Musliati Moslimin berkata perkembangan positif itu dapat dilihat melalui sambutan golongan muda pada program atau majlis anjuran bukan sahaja pergerakan itu tetapi juga BN sendiri.

"Tetapi selepas beberapa siri program yang dianjurkan pergerakan Pemuda dan Puteri, golongan ini mula kembali menyokong semula BN," kata kepada pemberita selepas menyertai program "Jom Masuk Kampung" di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan seorang penganalisis politik Dr Abdu Hassan Hasbullah baru-baru ini yang menyatakan pengundi muda lebih bersikap non-partisan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Program 'Jom Masuk Kampung" itu melibatkan Puteri Umno Sabah, Puteri Umno kalabakan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Datuk Hamisa Samad di Kampung Tanjung Batu Keramat di sini. -BERNAMA

Artikel Lain