suria

Najib Harap Politik Thailand Kembali Stabil

KUALA LIPIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap krisis politik terbaru yang berlaku di Thailand, kembali stabil.

Perdana Menteri berkata sebagai sebuah negara jiran terdekat, kestabilan politik di Thailand amat penting untuk kebaikan Malaysia.

"(Krisis politik) Itu soal dalaman, saya tak nak komen, (apa yang diharapkan) asalkan tidak menjejaskan keselamatan negara kita, setakat ini (krisis terbaru itu) tidak beri kesan kepada negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 50 Tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Dataran Lipis, di sini, hari ini.

"Saya harap politik di Thailand kembali stabil, kalau jiran stabil, baik untuk negara kita," kata Najib.

Ditanya kawalan keselamatan di sempadan, Najib berkata setakat ini krisis terbaru itu dilihat tidak menyebabkan berlakunya sebarang kejadian yang menjejaskan keselamatan rakyat di negara ini.

"Saya rasa keselamatan (di sempadan) mencukupi, apa yang penting, kita akan dapatkan sebarang maklumat risikan yang (dilihat) boleh memudaratkan negara kita," kata Najib.

Krisis terbaru di Thailand menyaksikan penunjuk perasaan mengumumkan rancangan padat hujung minggu ini yang penuh dengan aktiviti anti kerajaan dalam usaha memaksa pilihan raya baru diadakan. - BERNAMA

Artikel Lain