suria

Perisian Cetak Rompak Dirampas Hasil Intipan Sebulan

PULAU PINANG: Pegawai-pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang merampas perisian komputer cetak rompak bernilai RM23,300 di sebuah pusat beli belah di sini hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Negeri, M.Guna Selan, berkata tindakan oleh lima pegawai itu dibuat hasil intipan selama sebulan di kedai perniagaan perisian komputer itu.

"Selain perisian komputer, kami juga merampas tiga komputer, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Guna Selan berkata bahawa ketika serbuan dibuat, pemilik kedai itu tidak datang bekerja manakala seorang pekerjanya dibebaskan setelah keterangannya diambil. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zahrain Pembohong Besar

Artikel Lain