suria

Laporan Media Bertanggungjawab Elak Kekecohan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu media bertanggungjawab dengan setiap laporan yang diterbitkan bagi mengelakkan sebarang kekecohan berlaku kelak.

Perdana Menteri menegaskan, pengamal media yang bebas melaporkan apa sahaja tanpa rasa tanggungjawab sebenarnya bukan memiliki kebebasan yang hakiki.

"Media di seluruh dunia boleh belajar daripada media Malaysia yang melaporkan atau menyentuh isu sensitif dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.

"Apalah gunanya jika ada kebebasan jika ia akan mengeruhkan keadaan," katanya ketika melancarkan Majlis Anugerah Kelab Wartawan Kebangsaan di sini malam ini.

Najib berkata, tiada guna jika kebebasan media diamalkan sepenuhnya jika sensitiviti masyarakat diabaikan tanpa mengira perasaan orang lain.

"Kita harus bekerjasama dalam membangunkan negara kita sejajar dengan konsep 1Malaysia.

"Ini adalah penting untuk generasi akan datang," katanya.

Dalam pada itu, beliau menolak dakwaan bahawa media Malaysia disekat.

"Selagi laporan itu tidak bertentangan dgn undang-undang, media ada kebebasan untuk melaporkan apa saja," katanya.

Katanya lagi, media arus perdana mempunyai standard yang tertentu dan lebih berhati-hati dalam melaporkan sesuatu berita.

"Ada laporan tentang kebaikan pihak pembangkang sama seperti mereka ada melaporkan berita negatif mengenai pihak kerajaan," ujarnya.

Artikel Sebelum

Zahrain Pembohong Besar

Artikel Lain