suria

Lapan Ditahan Bantu Kes Bunuh Di Teluk Intan

IPOH: Lapan lelaki ditahan bagi membantu sisatan berhubung penemuan satu mayat yang dipercayai di bunuh berhampiran kawasan perkuburan Islam di Hutan Melintang, Teluk Intan Sabtu lalu.

Mereka berumur antara 18 hingga 56 tahun ditahan di Hutan Melintang semalam dan kini sedang reman.

Mayat lelaki yang ditemui di Parit 17, Jalan Tengah, Hutan Melintang itu mempunyai kesan cedera di muka.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata mangsa dikenali sebagai Nagarajoo a/l Ramloo, 47, dari Lorong Arul Simpang 4, Hutan Melintang.

Mangsa dipercayai telah diserang beramai-ramai di sebuah kebun kelapa sawit sebelum mayatnya di buang berhampiran kawawan perkuburan tersebut, katanya.

Polis masih menyiasat punca pembunuhan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zahrain Pembohong Besar

Artikel Lain