suria

Tiada Tindakan Terhadap China Press

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat oleh akhbar China Press dan tidak akan mengambil tindakan terhadap akhbar itu berhubung laporannya bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kemukakan surat letak jawatan.

Akhbar itu juga bersedia memohon maaf kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz di sini hari ini.

Beliau juga berkata terserah kepada China Press untuk mengambil tindakan dalaman mengenai laporan itu yang telah dinafikan oleh Hishammuddin dan Musa. - BERNAMA

Artikel Lain