Pendaftaran Pengundi Secara Automatik Tidak Akan Dilaksana - Semasa | mStar

Pendaftaran Pengundi Secara Automatik Tidak Akan Dilaksana

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan akan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada dan tidak akan memaksa rakyat melakukan perkara di luar kerelaan mereka.

"Dalam pilihan raya, tak boleh paksa orang. Kita mengamalkan 'freedom of association, freedom of expression and freedom to make decision'. Kita anggap jika mereka tak mahu daftar, itu salah satu pilihan mereka untuk tidak mahu ambil bahagian," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Fong dalam soalannya bertanya tentang pendirian kerajaan berhubung cadangan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 16 Mac untuk mendaftarkan pemilih secara automatik bagi menjimatkan masa, kos dan mengurangkan birokrasi.

Sementara itu, Nazri juga berkata kerajaan akan terus meningkatkan usaha-usaha menggalakkan rakyat mendaftar sebagai pengundi terutamanya dari golongan muda.

Menurutnya selain mengadakan promosi melalui iklan, kerajaan turut mengadakan pendaftaran secara berkala secara bulanan dan juga sepanjang masa di pusat-pusat pendaftaran di seluruh negara.

"Kalau remaja tak mahu datang ke pusat daftar, maka kita akan bawa pusat itu kepada mereka di tempat-tempat keramaian seperti di pusat beli-belah," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pakatan Label Zahrain Tentera Upahan BN

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain