suria

Hanya 17,521 Anggota Bukan Melayu Dalam ATM - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata hanya terdapat 17,521 anggota bukan Melayu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata jumlah itu merangkumi 15.3 peratus daripada jumlah kekuatan keseluruhan pasukan tersebut.

Kajian yang dilakukan mendapati golongan ini kurang berminat disebabkan ATM mengamalkan disiplin yang tinggi, keadaan tugas yang 'rigid' dan perlu bersedia berkorban masa serta nyawa, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata pihaknya mengadakan pelbagai program bagi menarik minat golongan bukan Melayu menyertai ATM seperti promosi kerjaya di Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah, promosi bersama dengan jabatan awam negeri, dan hebahan melalui media cetak dan elektronik. - BERNAMA

Artikel Lain