Model Ekonomi Baru Roboh Tembok Perkauman - Muhyiddin - Semasa | mStar

Model Ekonomi Baru Roboh Tembok Perkauman - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Model Ekonomi Baru (MEB) yang bakal dilancarkan akan mampu menjadi instrumen penting untuk merobohkan tembok perkauman dan perasan prasangka di antara kaum di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata di bawah MEB, semua kaum akan mempunyai peranan dan peluang yang sama untuk menggilap potensi masing masing serta bersaing secara adil dalam sektor ekonomi.

Beliau percaya apabila setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama mendapat jaminan hak yang adil, perpaduan dan keharmonian kaum dapat direalisasikan.

"Justeru itu, saya melihat Model Ekonomi Baru ini bukan sekadar satu model ekonomi.

"Ia juga merupakan satu instrumen penting untuk merobohkan tembok perkauman, meleburkan perasaan prasangka antara kaum dan mencipta masa depan yang lebih gemilang bagi negara kita sebagai sebuah negara bangsa yang bersatu dan maju," katanya pada majlis makan malam 1Malaysia anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (DPCKL), di sini, malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri juga menyarankan supaya sektor swasta terus memainkan peranan penting dalam memaju pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam aspek ini, beliau berkata masyarakat perniagaan Cina seperti DPCKL harus turut menerokai bidang-bidang baru yang boleh meningkatkan lagi peranan dewan sebagai jambatan penghubung antara maysarakat Cina dan kaum-kaum lain, dan antara masyarakat Cina dengan kerajaan.

Katanya ini kerana bidang pertumbuhan baru perlu diterokai terutamanya dalam sektor perkhidmatan dan pembangunan infrastruktur termasuk teknologi hijau dan teknologi jalur lebar.

"Oleh itu saya amat berharap agar pertubuhan seperti DPCKL ini tampil ke hadapan untuk bersama-sama kerajaan dalam menjayakan hasrat dan cita-cita murni ini," katanya.

Turut hadir pengerusi jawatankuasa pengelola Tan Sri Tee Hock Seng yang juga bendahari agung MCA dan juga setiausaha agung MCA Datuk Wong Foon Meng. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain