suria

Sarawak Miliki Pangkalan Udara Bomba Di Bawah RMK-10

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat akan membina pangkalan udara di Sarawak dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi meningkatkan kecekapan aktiviti mencari dan menyelamat di kawasan Malaysia Timur.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hamzah Abu Bakar berkata cadangan mewujudkan pangkalan tersebut pernah dibuat pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) namun ekoran kekurangan peruntukan, pembinaannya terpaksa ditangguhkan.

"Dengan adanya pangkalan ini, ia akan memudahkan usaha mencari dan menyelamat dengan menggunakan helikopter di Sarawak dan Sabah," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain