Kaukus Anggota Parlimen Bebas Boleh Jadi Kuasa Ketiga Di Parlimen, Kata Nazri - Semasa | mStar

Kaukus Anggota Parlimen Bebas Boleh Jadi Kuasa Ketiga Di Parlimen, Kata Nazri

KUALA LUMPUR: Pembentukan kaukus oleh anggota Parlimen bebas boleh menjadikan mereka sebagai blok kuasa ketiga dalam Parlimen selepas anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata tujuh anggota Parlimen bebas itu boleh menjadi kuasa penentu dalam perkara-perkara yang memerlukan undi dua pertiga.

"Mereka menjadi pasukan yang mengkritik atau menyokong kerajaan, saya sokong pembentukan kaukus ini sebab mereka kini mempunyai anggota yang ramai," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim yang juga wakil Bebas semalam yang mengusulkan satu kaukus anggota Parlimen Bebas ditubuhkan bagi menguatkan kedudukan barisan itu di Parlimen.

Sementara itu Mohamed Nazri juga mengumumkan pelantikan R.Sundra, seorang peguam, sebagai Pengarah Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur (PTSKL) berkuatkuasa 1 Mac lepas.

Sundra pernah menjadi panel dalam badan-badan timbangtara dunia seperti 'Singapore International Arbitration Centre', 'Australian Centre for International Commercial Arbitration', 'International Chambers of Commerce', dan 'Chinese International Economic Trade and Arbitration Commision'.

"Diharapkan dengan pelantikan beliau akan menyumbang kepada usaha kerajaan untuk memperkukuhkan PTSKL sebagai pusat timbangtara yang berwibawa di rantau Asia.

"Sehubungan dengan itu adalah menjadi harapan supaya sektor swasta, syarikat korporat, komuniti perniagaan dan syarikat berkaitan kerajaan untuk menggunakan PTSKL sebagai pilihan pertama dalam menyelesaikan pertikaian perniagaan mereka," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain