suria

Dua Maut Kemalangan Di Ipoh Dan Gerik

IPOH: Seorang penunggang motosikal terbunuh dipercayai dilanggar sebuah lori setelah dia terjatuh akibat digesel sebuah kereta di Jalan Sultan Azlan Shah Utara di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, Hoi Sam, 59, berasal dari Menglembu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Kejadian berlaku pada 10 pagi ketika Hoi dalam perjalanan dari Ipoh ke Bercham.

Dalam kejadian lain, seorang pemandu lori simen terbunuh selepas kenderaannya terbalik di Km 36 Jalan Gerik-Jeli pada 10.30 pagi tadi.

Mohd Khafla Saari, 32, yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian. - BERNAMA

Artikel Lain