Mayat Warga Emas Ditemui Hampir Reput - Semasa | mStar

Mayat Warga Emas Ditemui Hampir Reput

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki dipercayai warga emas ditemui hampir reput dalam sebuah longkang besar berdekatan dengan sebuah bank di Pandan Jaya, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, mayat itu dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 4 petang tadi.

"Tiada sebarang pengenalan diri yang ditemui pada mangsa yang dipercayai seorang warga emas berdasarkan giginya yang tinggal sebatang," katanya ketika dihubungi di sini.

Abdul Jalil berkata, mayat itu berkemungkinan dihanyutkan air longkang kerana tiada sebarang bau di sekitar kawasan tersebut dan dipercayai telah mati seminggu lalu.

"Ketika dijumpai, mayat itu berkemeja-t serta berseluar panjang berwarna gelap.

"Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan keputusan bedah siasat akan diperolehi esok," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain