Fungsi Dan Peranan Anggota Dewan Negara Perlu Dibukukan Untuk Rujukan - Semasa | mStar

Fungsi Dan Peranan Anggota Dewan Negara Perlu Dibukukan Untuk Rujukan

KUALA LUMPUR: Fungsi dan peranan yang dimainkan anggota Dewan Negara sehingga pelaksanaan sesuatu dasar dapat diputuskan perlu dibukukan untuk dijadikan sumber rujukan generasi akan datang.

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng berkata, penerbitan tersebut dapat membantu rakyat memahami aktiviti, fungsi dan sumbangan besar yang diberikan oleh ahli Dewan yang sebelum ini kurang didedahkan.

"Penerbitan buku ini juga membantu rakyat memahami sejarah, peranan dan aktiviti institusi Dewan Negara," katanya ketika berucap melancarkan Album Ahli Dewan Negara di sini, malam ini.

Buku setebal 172 muka surat itu turut menyingkap pelbagai detik dan peristiwa yang berlaku sejak penubuhan Dewan Negara pada 1959, diterbitkan sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Dewan Negara.

Wong berkata, sejak ditubuhkan semua perananan dan kemudahan yang ada di Parlimen tidak pernah ditonjolkan sehinggalah buku ini diterbitkan.

Justeru itu, beliau berharap agar penerbitan ini dapat digunakan sebagai sumber rujukan kepada semua pihak yang ingin mengetahui tentang sejarah Parlimen dan Dewan Negara secara keseluruhannya.

Wong berkata buku ini juga turut mengiktiraf jasa dan pengorbanan Anggota Dewan Negara seterusnya dapat menyedarkan rakyat mengenai pengorbanan yang dilakukan mereka untuk kemajuan negara.

"Penerbitan Album Dewan Negara merupakan satu usaha untuk mendekatkan pengetahuan rakyat terhadap fungsi dan peranan Parlimen dan dengan sendirinya mengenengahkan usaha-usaha yang dilakukan sejak Parlimen ditubuhkan sehingga kini," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain