suria

SPRM Pasang CCTV Semasa Ambil Keterangan Orang Ramai

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor akan turut memasang kamera litar tertutup (CCTV) semasa mengambil butiran daripada pihak yang dipanggil untuk memberi keterangan, kata Pengarahnya Datuk Ja'afar Mahad.

Beliau berkata ia selaras dengan penggunaan CCTV oleh SPRM di seluruh negara mulai tahun ini.

"Kita dalam proses untuk mendapatkan peralatannya yang akan dipasang di bilik mengambil keterangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ja'afar berkata bilik tersebut akan turut dipasang jeriji besi sebagai langkah keselamatan.

Beliau berkata pejabat SPRM Selangor telah dipindahkan ke Wisma PKPS di Seksyen 14 di sini dari Plaza Masalam awal bulan ini, untuk menampung staf yang semakin bertambah. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain