suria

Lelaki Lumpuh Mati Dalam Kebakaran Di Tingkat 15 Rumah Pangsa

PULAU PINANG: Seorang lelaki lumpuh meninggal dunia dipercayai terhidu asap tebal dalam kebakaran sebuah unit rumah pangsa di tingkat 15 di Taman Sun Moon, Paya Terubong, di sini hari ini.

Dalam kejadian 1.10 tengah hari tadi, Chong Kok Leong, 55, sedang tidur dalam sebuah bilik, kata Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Razam Taja Rahim.

Semasa kejadian, anggota keluarga Chong dipercayai keluar bekerja.

"Mayat Chong ditemui dalam keadaan sempurna dengan hanya mengalami kecederaan dan lecur di tangan serta kaki," katanya.

Mohd Tajam berkata apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian, api berjaya dipadamkan oleh jiran Chong.

Beliau berkata jumlah kerugian dan punca kebakaran sedang disiasat. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain