suria

Gempa Bumi Kuat Di Bahagian Tengah Chile

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat dengan magnitude 7.2 pada skala Richter berlaku berhampiran perairan bahagian tengah Chile pada pukul 10.40 malam Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata pusat gempa itu terletak di 122 kilometer Barat Daya Santiago, Chile dan 16,333 kilometer Tenggara Lubok Antu, Sarawak.

Gempa bumi itu tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain