suria

34 Lelaki Leka Berjudi Diberkas Dalam Operasi

KUALA LUMPUR: Tiga puluh empat lelaki ditahan ketika leka berjudi di lima premis perjudian di Jalan Klang lama di sini malam Khamis.

Turut ditahan dalam operasi oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada pukul 8 malam itu ialah lima penjaga premis perjudian terbabit.

Polis turut merampas 102 unit komputer termasuk 10 mesin judi dan wang tunai sebanyak RM2,547, kata Ketua Bahagian Maksiat dan Perjudian IPKKL DSP Razali Abu Samah.

Beliau berkata kesemua yang ditahan itu berusia antara 20 dan 50 tahun.

Razali berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapatkan perintah bagi memotong bekalan air dan elektrik di premis itu.

"Premis ini sudah lama beroperasi dan sudah banyak kali diserbu polis tetapi mereka masih berdegil. Jika dulu kita hanya menahan pemilik premis, tetapi kini kita juga menahan pemain judi," katanya ketika ditemui di sini.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain