34 Lelaki Berjudi Diberkas Dalam Operasi - Semasa | mStar

34 Lelaki Berjudi Diberkas Dalam Operasi

KUALA LUMPUR: Tiga puluh empat lelaki ditahan ketika leka berjudi di lima premis perjudian di Jalan Klang lama di sini malam ini.

Turut ditahan dalam operasi oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKL) pada pukul 8 malam itu ialah lima penjaga premis perjudian terbabit.

Polis turut merampas 102 unit komputer termasuk 10 mesin judi dan wang tunai sebanyak RM2,547, kata Ketua Bahagian Maksiat dan Perjudian IPKKL, Deputi Supritendan Razali Abu Samah.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan itu berusia antara 20 dan 50 tahun.

Razali berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapatkan perintah bagi memotong bekalan air dan elektrik di premis itu.

"Premis ini sudah lama beroperasi dan sudah banyak kali diserbu polis tetapi mereka masih berdegil. Jika dulu kita hanya menahan pemilik premis, tetapi kini kita juga menahan pemain judi," katanya ketika ditemui di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain