Gegaran Kecil Mungkin Dirasai Di Sekitar Tasik Kenyir

KUALA LUMPUR: Gegaran lemah mungkin dirasai di sekitar Tasik Kenyir apabila satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku pada pukul 11.10 malam tadi.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu.

"Terdapat kemungkinan gegaran lemah dirasai di sekitar Tasik Kenyir," kata kenyataan itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Cedera Parah Diragut

Artikel Lain