suria

Tiga Lelaki Ditahan Berhubung Siasatan Rogol

PETALING JAYA: Tiga lelaki Afrika ditahan untuk siasatan cuba merogol seorang pelajar kolej swasta di sebuah apartmen di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berumur 24 tahun itu pergi ke rumah berkenaan dipercayai selepas dihubungi oleh seorang rakannya.

"Selepas memasuki rumah itu, mangsa dipercayai cuba dirogol oleh tiga suspek namun dia sempat menghubungi rakannya yang memberitahu polis," katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 20-an itu merupakan pelajar sebuah kolej swasta. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain