Nik Aziz Tidak Setuju Perkahwinan Bawah Umur

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan di bawah umur walaupun ia adalah sah dari segi agama.

Beliau berkata, Islam menggalakkan sesuatu perkahwinan untuk mendapatkan zuriat dan bukan semata-mata dilihat dari sudut untuk memuaskan nafsu dan amalan sunnah Nabi Muhammad, semata-mata.

"Seperti juga kita makan buah durian adalah untuk mendapatkan rasa nikmat isinya, dan membuang segala benda yang tidak mendatangkan faedah seperti kulit dan bijinya.

"Begitu juga dengan berkahwin kita digalakkan bagi mendapatkan zuriat yang baik hasil percantuman jenis. Jadi saya tidak setuju jika kahwin terlalu muda, bawah umur seperti itu," katanya.

Banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mengikut amalan sunnah Nabi, bukan melalui kaedah perkahwinan cara itu, katanya mengulas tindakan seorang bapa dari Jelawang, Jeli, yang mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun, kononnya tuntutan sunnah Nabi.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan pernikahan budak perempuan di bawah umur di negeri itu selepas kejadian pertama membabitkan seorang bapa mengahwinkan anak perempuannya berusia 10 tahun di Pasir Mas sebelum ini.

Nik Aziz berkata, beliau hairan kejadian itu boleh berlaku sedangkan kerajaan negeri sudah membuat peraturan melalui Enakmen Keluarga Islam yang mensyaratkan setiap pasangan wanita berusia 16 tahun ke atas sebelum dibenarkan berkahwin mengikut enakmen itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain