suria

Lelaki Indonesia Bawa Diesel Tanpa Dokumen Ditahan

TAWAU: Seorang lelaki rakyat Indonesia ditahan selepas didapati membawa 600 liter diesel tanpa dokumen di Kampung Pasir Putih lewat petang semalam.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin (PGM) Tawau, Deputi Supritendan Husaini Zainal Abidin berkata, lelaki berumur 25 tahun berkenaan ditahan kira-kira jam 6.10 petang selepas kereta yang dipandunya dari arah bandar Tawau didapati membawa sebuah tangki besi di bahagian but keretanya yang mengandungi diesel bersubsidi.

Selain ditahan kerana membawa diesel dan kenderaan yang kesemuanya bernilai lebih RM61,000, lelaki itu turut ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Semalam, PGM Tawau turut menggagalkan cubaan menyeludup 272 paket minyak masak, 240 paket gula pasir, 700 kilogram beras pulut dan 25 kilogram tepung gandum bernilai RM3,318 ke negara jiran. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain