suria

Jiran Minta Polis Siasat Ibu Bapa Haresvarran

KUALA LUMPUR: Kira-kira 40 penghuni flat Kampung Sungai Ara, di Damansara dekat sini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat ibu bapa mangsa dera sampai mati, K. Haresvarran, 18 bulan, kerana disyaki terlibat dalam kes penderaan itu.

Kumpulan penduduk yang juga jiran kepada pasangan suami isteri itu berbuat demikian di Balai Polis Damansara dekat sini tengah malam ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Beliau berkata antara lain kumpulan penduduk itu mendakwa bapa mangsa seorang yang panas baran dan mungkin terlibat dengan kematian kanak-kanak lelaki tersebut.

Dalam kejadian pada 3 Mac lepas, Haresvarran meninggal dunia selepas mengalami keretakan pada tulang rusuk selain hatinya pecah serta lebam-lebam di seluruh badan dipercayai akibat didera. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain