suria

Guru Muzik Didakwa Bunuh Teman Lelaki Warga British

PETALING JAYA: Seorang guru muzik hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan membunuh teman lelakinya warga British pada 5 Mac lalu.

Karen Khaw Phaik Ean, 35, didakwa membunuh Andrew Michael Murchie, 46, di sebuah rumah beralamat 161, SS2/2 Sea Park, Petaling Jaya antara jam 8 hingga 9 pagi, 5 Mac lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Majistret Ho Kwong Chin menetapkan 13 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah manakala tertuduh diwakili peguam Chan Weng Keng. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain