suria

Empat Nelayan Thai Terapung 15 Jam Diselamat Anggota TLDM

IPOH: Empat nelayan warga Thailand yang terapung lebih 15 jam apabila bot mereka terbalik dan hampir tenggelam akibat cuaca buruk 14 batu nautika dari Pulau Sembilan dekat Lumut semalam diselamatkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Mereka diselamatkan oleh anak kapal KD Laksamana Tan Pusmah yang sedang menjalankan latihan di perairan itu.

"Ketika kami sampai di tempat kejadian bot nelayan bernombor pendaftaran PPF 539 milik nelayan tempatan itu sudah terbalik dan mereka berdiri di bahagian buritan bot yang masih timbul," kata Pegawai Memerintah kapal berkenaan, Komander Farizan Hussain, ketika dihubungi hari ini.

Katanya bot nelayan itu terbalik dipukul ombak besar pada Ahad lepas.

Semua nelayan itu telah diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM).

Bot nelayan itu telah ditunda balik ke Hutan Melintang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain