suria

Datuk Azman Shah Cabar Rizal Faris Untuk Jawatan YDP DPMPP

PULAU PINANG: Ahli perniagaan, Datuk Azman Shah Omar Shah akan mencabar Rizal Faris Mohideen Abdul Kader bagi merebut jawatan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP) pada mesyuarat agung dewan itu Khamis ini.

Azman Shah, 49, berkata, kelayakannya untuk bertanding bagi jawatan itu telah disahkan oleh pengurusan DPMPP setelah beliau menerima pencalonan lebih dari mencukupi kuota.

Pengarah syarikat Edaran Timur Jauh itu bertanding buat kali pertama manakala Rizal Faris pula akan mempertahankan jawatannya buat kali kedua.

Mesyuarat agung itu dijangka hangat apabila hampir kesemua kerusi jawatankuasa dewan itu ditandingi.

Bagi jawatan Timbalan Dipertua, seorang usahawan dan pakar bedah jantung, Datuk Dr Zainuddin Wazir akan mencabar penyandang, Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin manakala Datuk Dr Faldze Ariffin mencabar penyandang, Syed Hassan Syed Ali bagi jawatan Naib Yang Dipertua. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain