suria

Bekas Pengurus Pusat Giat Mara Dituduh Rasuah Libatkan Syarikat Isteri

PULAU PINANG: Bekas pengurus Pusat Giat Mara Balik Pulau, Radzuan Abdul Razak, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap tuduhan rasuah pada 2006.

Radzuan, 58, dituduh melakukan kesalahan itu pada 4 Julai 2006 dengan memilih syarikat Yana One Entreprise milik isterinya, Suryaah Ismail Khan, untuk menjalankan kerja membaik pulih dan senggara tandas Pusat Giat Mara berkenaan melalui pesanan kerajaan bernilai RM2,000.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz membenarkan Radzuan diikat jamin RM5,000 dengan seorang pejamin dan menetapkan 29 Mac ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Penolong Pendakwa Raya Mohd Nur Lokman Samingan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain