Anwar Terus Cabar Pemecatannya Dari Jawatan Kabinet - Semasa | mStar

Anwar Terus Cabar Pemecatannya Dari Jawatan Kabinet

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencabar kesahihan pemecatannya dari jawatan-jawatan Kabinet oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad 11 tahun lalu.

Hari ini, beliau memfailkan permohonan bagi menuntut Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusannya pada 8 Mac yang mengisytiharkan bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998 adalah sah di sisi undang-undang.

Notis usul, yang dikembarkan bersama dengan afidavit Anwar, difailkan di Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini melalui firma guaman Messrs Karpal Singh & Co.

Dalam afidavitnya, Anwar memohon mahkamah tertinggi supaya menggunakan budi bicara sedia ada untuk menyemak semula kesnya mengikut Kaedah 137 Peraturan Mahkamah Persekutuan bagi mengelak ketidakadilan yang didakwa dilakukan ke atasnya.

Anwar berkata, penghakiman Mahkamah Persekutuan bertentangan dengan peruntukan Artikel 43 (5) Perlembagaan Persekutuan yang jelas menetapkan bahawa hanya Yang di-Pertuan Agong boleh membatalkan pelantikannya daripada jawatan-jawatan Kabinet atas nasihat Perdana menteri dan bukan perdana menteri.

Anwar berkata, panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini, dalam menolak rayuan terakhirnya, melakukan kesilapan undang-undang dengan memutuskan bahawa ia adalah Perdana Menteri yang merupakan pihak yang berkuasa melantik dan mempunyai hak untuk membatalkan pelantikan Anwar.

Beliau mendakwa, ia merupakan satu penghinaan ke atas perumus perlembagaan bagi mencadangkan pematuhan kepada Artikel 43(5) dalam formaliti yang kosong dan bahawa penghakiman Mahkamah Persekutuan tidak boleh bertahan terhadap penyeliaan penghakiman.

Anwar berkata, perkara itu merupakan kes yang luar biasa bagi mahkamah untuk membatalkan budi bicara sedia ada bagi menghalang ketidakadilan terhadapnya.

Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir dan kerajaan Malaysia, bagi menuntut perintah pengisytiharan bahawa pemecatannya adalah tidak sah di sisi undang-undang dan mahu beliau diberikan pampasan sebagai ganti kepada pengembalian kedudukan jawatan.

Beliau gagal dalam usahanya di Mahkamah Tinggi dan rayuannya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain