Tiada Kesan Nyata Kejayaan Pentadbiran Pembangkang Di Tiga Negeri, Kata TPM - Semasa | mStar

Tiada Kesan Nyata Kejayaan Pentadbiran Pembangkang Di Tiga Negeri, Kata TPM

SUNGAI BULOH: Prestasi pakatan pembangkang selepas dua tahun memegang tampuk pentadbiran di tiga buah negeri yang dikuasai mereka masih tidak menunjukkan kesan nyata kejayaan dalam pentadbiran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Malah saya mendapat banyak aduan khususnya daripada peniaga-peniaga di negeri yang dikuasai pembangkang yang menyuarakan tidak puas hati kerana terlalu banyak kerenah birokrasi di peringkat negeri, sedangkan kita di Persekutuan mahu mengurangkan kerenah birokrasi," katanya.

Malah, banyak janji semasa pilihan raya masih tidak dilaksanakan kerajaan pimpinan parti pembangkang di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, katanya ketika berucap merasmikan program 1Komuniti, 1Koperasi di Paya Jaras Hilir, dekat sini semalam.

Muhyiddin berkata oleh itu, dalam tempoh dua tahun, sebahagian besar rakyat diharap dapat menilai cara dan gaya kepimpinan Barisan Nasional (BN) berbanding kepimpinan pembangkang yang mentadbir negeri-negeri berkenaan.

"Kalau mereka masih pertikai dua tahun apa boleh dibuat, kita lihat sahaja pentadbiran di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa belum pun sampai setahun, sudah pelbagai perkara yang dibuat," katanya.

Sebagai contoh, Muhyiddin berkata di bawah pentadbiran Najib, Malaysia telah memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), melaksanakan tindakan-tindakan untuk menangani impak kegawatan ekonomi selain bakal memperkenalkan Model Ekonomi Baru. "Jadi, bagi saya, mereka ini tidak upaya (mentadbir negeri) dan kenyataan ini boleh dinilai oleh rakyat jelata sendiri," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tanggungjawab Sosial Korporat Jadi KPI

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain