suria

Skim Perkhidmatan Pensyarah IPTA, Institut Perguruan Dikaji - Najib

Najib Tun Razak menyampaikan amanat kepada 4,000 kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (MAPPA XI) di Putarajaya hari ini. Foto Rohaizat Md Darus
Najib Tun Razak menyampaikan amanat kepada 4,000 kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (MAPPA XI) di Putarajaya hari ini. Foto Rohaizat Md Darus
Najib Tun Razak menyampaikan amanat kepada 4,000 kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (MAPPA XI) di Putarajaya hari ini. Foto Rohaizat Md Darus

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengkaji skim perkhidmatan pensyarah institusi pengajian tinggi awam dan institut perguruan bagi melahirkan tenaga pengajar dan penyelidik terbaik serta bermotivasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, untuk itu satu mekanisme khas akan diwujudkan di peringkat nasional yang akan melibatkan elemen panel berkecuali dan semakan rakan setugas bagi memastikan penilaian adil diberi terhadap proses kenaikan gred.

"Hari ini seorang profesor di IPTA hanya boleh mencapai Gred Khas A, kajian akan dibuat untuk membenarkan profesor naik hingga peringkat tertinggi Turus tanpa perlu pegang sebarang jawatan pentadbiran," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanat kepada 4,000 kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (MAPPA XI) di sini hari ini.

Najib berkata, kernaikan tersebut hendaklah berdasarkan meritokrasi kerana negara memerlukan mereka yang terbaik.

Kata beliau, mahu tidak mahu dalam apa jua bidang dan lapangan, kerajaan tidak boleh bertolak ansur dengan tahap mediokriti atau budaya cincai.

"Kita mahu IPTA di Malaysia jadi cemerlang yang unggul," tegas beliau.

Dalam pada itu beliau telah mengarahkan satu kajian komprehensif terhadap penggunaan sistem "pool" yang wujud sebagai alat tindakan pentadbiran yang bersifat menghukum.

Bagi beliau, elemen keadilan semulajadi iaitu hak untuk didengar dan dinilai secara berkecuali perlulah menjadi sebahagian daripada prosedur.

"Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya mendengar bisikan dan suara hati para penjawat awam. Saya tahu, saya peduli.

"Jangan gundah gulana dan menganggap saya tidak prihatin atau tidak peka walaupun bisikan itu datang secara perlahan dan sayup-sayup," tambah beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain