Siasatan Skandal PKFZ Masih Dijalankan - SPRM - Semasa | mStar

Siasatan Skandal PKFZ Masih Dijalankan - SPRM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneruskan siasatan terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang dikaitkan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata Wee telah dipanggil untuk memberikan keterangan dan tidak menafikan beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan kes itu.

"Ada beberapa perkara lagi yang kita perlu ambil tindakan sebelum melengkapkan siasatan kes ini... akan ada saksi lain yang akan dipanggil," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Pengarah Siasatan SPRM di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Bekas Timbalan Presiden, Institut Integriti Malaysia, Mustafar Ali telah dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Mohd Shukri, berkuatkuasa 1 Mac lepas.

Pada 28 Januari lepas, DAP mendesak supaya Wee disiasat kerana mendapati, beliau masih memiliki hampir separuh kepentingan dalam firma konsultansi, Hijau Sekitar Sdn Bhd yang menjalankan kajian pembangunan tanah bersebelahan dengan kawasan PKFZ.

Anggota Parlimen DAP dari Seremban, John Fernandez, ketika mengemukakan laporan lima muka surat ke Ibu Pejabat SPRM bersama lampiran 200 mukasurat, berkata hasil carian yang mereka lakukan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mendapati, Wee masih memegang 49,998 syer dalam Hijau Sekitar.

Fernandez berkata Wee telah menyatakan dalam beberapa laporan akhbar bahawa beliau telah melupuskan kepentingannya dalam Hijau Sekitar sebaik sahaja dilantik ke jawatannya sekarang.

Pada 24 Disember lepas, Wee mengakui Hijau Sekitar menjalankan kerja-kerja konsultansi untuk Pelabuhan Klang tetapi menafikan sebarang pertalian dengan projek PKFZ.

Pada 11 Februari lepas pula, Wee gagal mendapatkan perintah injunksi interim bagi menghalang Tan Sri Robert Phang dan akhbar The Star daripada terus menerbitkan kenyataan fitnah mengaitkan beliau dengan isu PKFZ.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri berkata SPRM memerlukan sedikit masa lagi bagi melengkapkan siasatan terhadap bekas setiausaha politik kepada menteri kanan, yang ditahan bersama wang tunai kira-kira RM2 juta bulan lepas.

Beliau berkata kes berkenaan masih dalam siasatan kerana ia melibatkan bank asing dan hartanah di luar negara.

"Kes ini melibatkan akaun bank antarabangsa. Jadi, kita memerlukan masa untuk mengesan harta-harta di luar negara. Beri kami sedikit masa untuk selesaikan siasatan kes ini," katanya.

Pada 18 Februari lepas, bekas setiausaha Politik itu yang ditahan pada 12 Februari lepas, dibebaskan oleh SPRM dengan jaminan RM50,000.

Sebelum itu, pegawai SPRM dari Putrajaya telah menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang dan menemui wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain