suria

Siasatan Polis Berdasarkan Fakta: Bakri

PULAU PINANG: Polis sentiasa meneliti semua laporan yang dibuat tetapi akan hanya menjalankan siasatan berdasarkan fakta, kata Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri zinin.

"Kita tidak boleh sewenang-wenangnya siasat semua laporan yang dibuat atau yang belum dibuat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan kecenderungan ahli-ahli politik kebelakangan ini yang membuat laporan terhadap ahli politik lain berhubung perkara yang tidak ada kaitan dengan jenayah.

Mohd Bakri berkata, polis tidak dapat menyekat sesiapa saja daripada membuat laporan tetapi mereka harus faham tentang tanggungjawab sosial masing-masing.

Mengenai dakwaan kononnya polis lambat menyiapkan siasatan, beliau berkata, polis perlu mematuhi prosedur. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain